ASALAMU 'ALAIKUM WAROHMATULLOHI WABAROKATUH BLOG By MUH FAJAR HUDI APRIANTO @ MARI KITA GUNAKAN WAKTU KITA YANG TERSISA DENGAN SEBAIK MUNGKIN KARENA WAKTU KITA HANYA SEDIKIT AGAR KITA TIDAK TERMASUK ORANG ORANG YANG MERUGI mafa GUNAKAN WAKTU MUDAMU SEBELUM DATANG WAKTU TUAMU WAKTU SEHATMU SEBELUM DATANG WAKTU SAKITMU KAYAMU SEBELUM TIBA MISKIN WAKTU LAPANGMU SEBELUM TIBA WAKTU SEMPITMU DAN GUNAKAN WAKTU HIDUPMU SEBELUM TIBA MATIMU pesan nabi

Senin, 05 Januari 2015

Profil Nabi Akhiruz Zaman Muhammad Saw

Biodata Nabi Muhammad SAW
NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka’ab bin bin Lu’ai bin Ghalib bin
Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma’ad bin Adnan.
TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
NAMA IBU          : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
PENGASUH PERTAMA                 : Barakah al-Habsiyah.
NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
NAMA IBU SUSUAN KEDUA      : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
GELARAN  DIBERI                        : Al-Amin atau yang dipercayai.
NAMA ISTERI PERTAMA             : Siti Khadijah Khuwailid.
NAMA ISTERI- ISTERI NABI SELAIN KHADIJAH :
Saudah binti Zam’ah
Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah binti Abu Sufyan
Hindun binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab binti Jahsy Maimunah Binti Harith
Safiyah binti Huyai bin Akhtab
Zainab binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK NABI MUHAMMAD                            :
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra’
UMUR KETIKA BERKAHWIN     : 25 tahun.
NAMA DATUK                                  : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
NAMA BAPA SAUDARA                : Abu Talib.
UMUR KETIKA DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.
MULA MENERIMA WAHYU                                  : 610 Masihi.
BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI                    : 3 tahun.
BERDAKWAH SECARA TERANG-TERANGAN : 10 tahun.
TARIKH HIJRAH KE MADINAH                           : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah SAW ketika berusia 53
tahun / 624 Masihi.
TARIKH WAFAT               : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.
DIMAKAMKAN                 : Madinah Al-Munawarah
makam_Nabi_Muhammad
Makam Nabi Muhammad SAW terletak di Madinah
Sebagai Muslim, seharusnya kita mengetahui dan berusaha untuk mengenali Rasullulah SAW kerana baginda ialah utusan Allah SWT. Seharusnya kita mengenali Rasullulah lebih daripada kita mengenali siapa artis itu, apa artis buat, peribadi artis atau mengangkat seseorang yang tiada akhlak sebagai idola kita.
Sebaik-baiknya kita mencontohi kehidupan Rasullullah SAW sebagai motivasi untuk memajukan diri.  Akhlak baginda yang sempurna dan mulia, pemimpin yang ulung dan diangkat pula menjadi utusan Allah SWT.  Dialah baginda Nabi Muhammad SAW seorang pemimpin keluarga, umat dan bala tenteranya.
Pernahkah para pembaca sekalian mengetahui tentang kisah Rasullulah SAW yang menggadaikan baju besinya kerana baginda  tidak memiliki wang  untuk membeli gandum. Sememangnya sukar untuk dipercayai  seorang pemimpin ulung seperti Rasulullah berbuat demikian.  Namun, begitulah gambaran kesederhanaan Rasulullah sebagai seorang pemimpin.  Baginda lebih selesa memilih untuk hidup sederhana biarpun mampu untuk memiliki kekayaan dengan tarafnya sebagai seorang pemimpin.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab (33): 21) : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu.”
Begitulah, walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah SWT.  Sementara itu, para sahabat Nabi pernah bertanyakan kepada Saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah. Dia menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar